Saturday, June 18, 2011

The First Beast Fan Meeting Asia Tour 2011



Perhatian kepada semua peminat K-Pop tanah air, sebuah lagi kumpulan yang hangat dan berasal dari Korea akan datang dan akan menemui anda di sini tidak lama lagi.  Peminat-peminat Korean Pop sekalian kini pastinya semakin teruja dengan berita sah mengenai kedatangan kumpulan gergasi dari Korea ini, siapa lagi kalau bukan kumpulan BEAST. Kumpulan jejaka tampan dari Korea ini akan mengadakan “The First Beast Fan Meeting Asia Tour 2011” tidak lama lagi.

Sesi bertemu peminat kumpulan Beast (Boys of East Standing Tall) ini akan diadakan di Sunway Lagoon Surf Beach pada jam 8.30 malam pada 1 Julai ini. Kumpulan ini akan mengadakan persembahan dan juga bertemu dengan peminat ini secara eksklusif dan dibawakan khas oleh  FlyerVision Entertainment dengan kolaborasi bersama Star Planet.

Beast atau B2ST ini dianggotai oleh enam jejaka tampan iaitu Yoon Du Jun, Jang Hyun Seung, Yong Jun Hyung, Yang Yo Seob, Lee Gi Kwang dan Son Dong Woon akan menghiburkan peminat mereka di Malaysia tidak lama lagi. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini amat terkenal dengan lagu Beautiful Girl, Shock, dan Bad Girl ini akan membuat persembahan di hadapan peminatnya yang semakin bercambah bilangannya di Malaysia ini. Pastinya kedatangan mereka ke Malaysia akan memberikan peluang dan kenangan yang berharga buat peminat dan kelab peminat mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai B2uty (Beauty) atau dikenali sebagai “B2uty and the Beast”!

Perjalanan karier mereka dimulakan dengan pelancaran album mini mereka yang bertajuk “Beast Is the B2ST” yang telah mencapai rekod jualan lebih 20,000  salinan dalam masa sebulan. Diikuti pula dengan album mini mereka yang menjulang nama mereka, dengan “Lights Go on Again”, “Mastermind” dan “Shock of The New Era” yang masing-masing mencartat jualan lebih dari 300,000 salinan yang telah memuncakkan kerjaya enam orang anak muda ini. BEAST juga sering dikenali dengan kemampuan mereka untuk menyanyi dan mendari dengan baik sekali. maka, tidak hairanlah jika mereka berjaya merangkul anugerah 'Artis Berpengaruh Asia' dan anugerah ‘Pendatang Baru Terbaik’ di kalangan ramai yang sedang mencuba nasib di dalam bidang yang sama. Kejayaan demi kejayaan yang ditempuh, maka perjalanan mereka juga terbuka luas dan mereka berjaya membuat persembahan di America (Los Angeles), Japan, Filipina, Malaysia,Thailand dan juga Singapura.

Kepada peminat-peminat tegar K-Pop, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sendiri kumpulan kesayangan anda yang akan beraksi di Malaysia tidak lama lagi.


jnfo di copy n paste daripada radio era 

p/s: teringin nak jumpa diorang ni face to face.. :'( tapi apa nak buat kan?? tengok youtube je lah yang mampu.. hahaha... 

No comments:

Post a Comment